3 Pemain muslim yang bermain untuk pasukan Kebangsaan Israel dalam gambar ini, (nombor 8. Beram Kayal) (nombor 9. Moanes Dabour) & ketua pasukan (nombor 6. Bibras Natkho)

ISREAL

Israel membawa maksud Hamba Allah dalam bahasa Hebrew, sama maksud Abdullah dalam bahasa Arab. Ejaan asalnya adalah Israil atau lebih tepat gabungan maksud Isra-Ilah. Nama ini adalah gelaran bagi Nabi Yaakob AS. Disebutkan dalam Al Quran “Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub)…” Surah Ali Imran ayat 93.

Berkenaan dengan Israel yang kita kenal hari ini sebagai sebuah negara yang dibentuk oleh kaum yahudi, hasil dari pencerobohan tanah Palestin. Hari ini, Israel mempunyai populasi kira-kira 9.1 juta nyawa. 74.2% menganut agama yahudi, 17.8% beragama islam dan 2% beragama kristian. Ini menjadikan islam merupakan agama minoriti terbesar di Israel dengan sebahagian besarnya berbangsa arab yang menghuni bahagian utara Israel.

BOLA SEPAK ISREAL

Bola Sepak Israel pada awalnya bermain dibawah Persekutuan Bola Sepak Asia (1954), dalam tempoh itu Israel layak ke Piala Dunia 1970. Israel layak selepas menumpaskan New Zealand di pusingan kelayakan setelah Korea Utara menarik diri, Israel kemudian menewaskan Australia dipusingan akhir kelayakan.
Israel juga pernah menjuarai Piala Asia 1964, ketika itu kejohanan hanya disertai 4 pasukan sahaja dan Israel juga merupakan tuan rumah.

Israel kemudiannya bersetuju keluar dari AFC selepas menerima tekanan demi tekanan, banyak pasukan yang memilih untuk menarik tarik diri apabila diundi bertemu Israel. Akhirnya pada 1994, Israel secara rasmi telah diterima menjadi Ahli UEFA dan boleh bersama melalui perlawanan peringkat Euro dan Dunia menerusi slot kelayakan UEFA, kelab Israel juga boleh menyertai kejohanan (kelayakan) Liga Juara, Piala UEFA dan UEFA Cup Winner Cup.

Sejak menyertai UEFA, Israel masih gagal mara ke Piala Eropah, jauh sekali ke Piala Dunia menerusi pusingan kelayakan, termasuk yang terbaharu dipusingan kelayakan Euro 2020.

Israel Public Figure

Yossi Benayoun

Tal Ben Haim

Avram Grant

Roman Abramovich (bangsa Yahudi) bersama  Avram Grant (Pengurus dari Israel) ketika bergandingan untuk memajukan Chelsea.

Ben Sahar

Pemain Muslim Mewakili Pasukan Kebangsaan Israel

Dalam pada sebegitu besar umat islam diseluruh dunia begitu ‘allergic’ dengan nama Israel dan Yahudi. Percayakah anda?Israel tidak pernah menolak untuk mana-mana warganegaranya walau apapun agama mereka anuti, asalkan mereka berbakat, peluang menyarung jersi kebangsaan jelas terbuka untuk sesiapapun yang ber’IC’kan Israel. Ini 5 pemain bola sepak Israel yang beragama islam.

Walid Badir

Dilahirkan pada 12 Mac 1974 di Kafr Qasim, Utara Israel. Walid merupakan bangsa Arab beragama islam.

Hapoel Kafr Qasim

Memulakan karier di kelab Hapoel Kafr Qasim sebelum ke Hapoel Petah Tikva, Walid telah menarik minat kelab EPL, Wimbledon FC pada 1999 dan diberi jersi no.19 untuk bermain diposisi tengah kelab yang pernah menjuarai Piala FA musim 1987/88 itu. Walid bermain sebanyak 21 perlawanan musim 1999/2000 bersama Wimbledon, beliau menjaringkan 1 gol dan gol tersebut dihasilkan keatas MU di Old Trafford.

Walid Badir, Wimbledon (Photo by Magi Haroun/EMPICS via Getty Images)

Selepas Wimbledon mengakhiri liga dikedudukan 18 dan tersingkir ke Liga Kejuaraan, Walid kembali ke Israel dan bergabung dengan Avram Grant di Maccabi Haifa. Walid bersara pada 2013, kelab terakhirnya adalah Hapoel Tel Aviv dan bermain sebanyak 74 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Israel (1997 hingga 2007).

Abbas Suan

Pemain ini menghabiskan karier panjang bersama kelab Bnei Sakhnin, sebuah kelab yang berasaskan bangsa Arab di Israel. Kelab ini sehingga hari ini masih diwakili sebahagian besar bangsa Arab. Ketika berusia 28 tahun iaitu pada tahun 2004, Abbas dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Israel, ketika nyanyian lagu kebangsaan Israel iaitu Hatikvah, Abbas berpendirian untuk tidak melafazkan lirik lagu tersebut yang jelas memupuk semangat keyahudian, sedangkan Abbas berbangsa Arab bukannnya Yahudi.

Abbas tampil 12 perlawanan keseluruhan dalam tempoh 3 tahun bersama skuad kebangsaan Israel (2004 hingga 2006), pemain tengah ini sempat menjaringkan gol penyamaan dalam kelayakan Piala Dunia 2006 pada 26 Mac 2005 keatas Republic of Ireland. Gol itu telah mematahkan gol penyerang Birmingham City, Clinton Morrison sekaligus terikat keputusan 1-1.

Beram Kayal

Ketika artikel ini ditulis, Beram Kayal dipinjamkan ke kelab Charlton Atletic dari kelab EPL, Brighton & Hove Albion, seorang lagi pemain Israel turut bermain untuk Charlton ketika ini iaitu Tomer Hemed.

 

Israels jewish player Eran Zahavi and muslim player Beram Kayal, pray before the start of a World Cup Qualifier.

Beram Kayal dilahirkan di Jadeidi-Makr, uniknya kawasan ini dihuni kira-kira 20 ribu penduduk yang mana 90 % penduduknya beragama islam dan selebihnya beragam kristian, tiada penganut agama Yahudi di Jadeidi-Makr, tiada rumah ibadat Yahudi di Jadeidi-Makr.

Beram Kayal mula mewakili pasukan senior Israel seawal usia 20 tahun. Untuk karier kelab, Beram Kayal melakukan debut untuk Maccabi Haifa pada usia 17 tahun. Diusia 19 tahun, Beram Kayal menerima Anugerah pemain paling bernilai Israel (musim 2006/07).

Pada 2010, Beram Kayal menjadi pemain Israel kedua sertai Celtic selepas Eyal Berkovic pada 1999. Beram bermain selama 4 musim di Celtic dan memenangi 4 Trofi Liga dan 2 Piala Scotland. Beliau kini berusia 31 tahun dan telah tampil sebanyak 45 perlawanan untuk Israel dengan sumbangan 2 gol.

Bibras Natkho

Ini paling rare, Bibras Natkho merupakan seorang muslim yang dilantik memakai lilitan lengan skuad kebangsaan Israel, penulis teringat akan seorang pemain Iran, Andranik Teymourian namanya, pemain ini merupakan penganut agama kristian dan satu masa dilantik menjadi Kapten pasukan kebangsaan Iran yang merupakan negara dimana majoriti penduduknya menganut agama islam berfahaman syiah.

Berbalik kepada cerita Bibras Natkho, pemain ini berbeza dengan pemain muslim Israel yang lain, Bibras berbangsa Circassians, dikatakan terdapat 4 hingga 5 ribu bangsa Circassians yang menetap di Israel, sebahagian besarnya menetap di Kfar Kama, iaitu lokasi kelahiran Bibras Natkho. Bangsa Circassians ada yang menganut agama Kristian dan Islam, Bibras merupakan bangsa Circassians beragama islam.

Bibras memulakan karier bola sepak bersama kelab Hapoel Tel Aviv, ketika berusia 22 tahun, Bibras berkelana ke Rusia dengan menyertai kelab Rubin Kazan, kelab yang berpengkalan di bandar dimana majoriti penduduknya beragama islam. Satu lagi bandar di Rusia yang menempatkan komuniti majoriti muslim adalah Makhachkala.

Bibras merupakan mengamal agama islam yang taat, beliau berbangga menceritakan soal solat dan berpuasa, “Saya seorang Muslim, namun pada saat yang sama saya mencintai Israel karena itu adalah negara saya”, demikian kata-kata Bibras Natkho menegaskan soal pegangan agama dan negaranya.

Bibras penah membantu CSKA Moscow menjuarai Liga Perdana Rusia, beliau kini telah tampil 66 perlawanan untuk skuad kebangsaan Israel, kini bermain di Liga Serbia dengan mewakili FK Partizan.

Munas Dabbur

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ” Surah Al Hujurat Ayat 6.

Demikian ayat Al-Quran yang telah disiarkan Munas Dabbur sebagai balasan netizen yang mengecamnya untuk tidak terima tawaran Liverpool (jika mendapat tawaran) ini disebabkan hubungan Mohamed Salah yang ingin meninggalkan Liverpool jika terpaksa bergandingan dengan pemain Israel, sebenarnya berita itu hanyalah mainan media (mengenai keengganan Mohamed Salah bermain sepasukan dengan pemain Israel)

Justeru akan twitter Moanes diserang orang ramai, ironinya ramai yang tidak tahu bahawa Moanes Dabour sebenarnya sama seperti Mohamed Salah, seorang muslim yang taat, hanya disebabkan beliau berasal dari Israel, beliau di’cop’ sebagai Yahudi.

Munas juga merupakan bangsa Arab sama seperti Walid, Abbas dan Beram Kayal. Munas juga berasal dari Utara Israel iaitu Nazareth.

Beliau memulakan karier bola sepak bersama Maccabi Ahi Nazareth pada tahun 2009, tahun sama bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Usianya ketika itu baru 17 tahun. Musim 2012-13, Munas bermain kesemua 26 perlawanan untuk Maccabi Tel Aviv menjuarai Liga Perdana Israel. Musim berikutnya Munas berhijrah ke Switzerland dengan menyertai kelab Grasshopper, beliau jaringkan 9 gol hanya dalam 15 perlawanan iaitu separuh musim sahaja. Ketika itu juga Munas dipanggil pasukan kebangsaan Israel (2014).

Ketika ini, Munas Dabbur telah tampil 20 perlawanan untuk Israel dengan mencetak 7 gol. Munas Dabbur ketika ini
mewakili pasukan Sevilla.

* Terdapat ramai personaliti TV, pemimpin dan selebriti terkenal muslim di Israel, antaranya Mauna Maroun (Pensyarah), Fadi Swidan (Usahawan), Salman Zarka (Doktor), Lucy Aharish (Pembaca berita) & Hiam Abbass (Pengarah Filem).

Sumber:

Kompasiana – Beram Kayal, Muslim Taat yang Bangga Membela Timnas Israel.

indosport.com – Bikin Bengong, Ini 3 Pesepakbola Muslim Taat yang Gabung Dalam Timnas Israel.

Kongsi Artikel Ini

Rahim Giolorossi merupakan salah seorang admin AS Roma Malaysia.


Dapatkan Update Terus Ke Emel Anda!

Pelbagai info bola sepak terus ke email anda. Isi nama dan emel anda untuk menerima sebarang kemaskini daripada kami.